KUALA LUMPUR: Sudah menjadi kebiasaan bagi dua beranak Mohd Amir Faizal, 45, dan Muhammad Adam,14, dari Sungai Petani, Kedah meluangkan masa lapang mereka untuk menghulur bantuan dan melakukan kerja menyelamat secara percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat.
Walaupun agak pelik namun dua beranak itu telah menjadikan kerja sukarela itu sebagai hobi sejak dua tahun lepas dan setakat ini telah mengendalikan lebih 20 kerja menyelamat antaranya melibatkan kemalangan, tayar pancit dan pokok tumbang di sepanjang laluan yang menghubungkan Jeli, Kelantan dan Gerik, Perak itu.
Lazimnya, mereka berdua akan bertolak ke Jalan Raya Timur Barat dari kediaman mereka di Bandar Seri Astana, Sungai Petani kira-kira pukul 9 pagi dan akan tiba di Batu Melintang, Jeli pada sekitar 1 tengah hari sebelum berpatah balik ke rumah dengan jarak keseluruhan perjalanan 400 kilometer.
Mohd Amir akan memandu kereta Proton Exora yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan seperti gergaji rantai, kit kecemasan, pemadam api dan jumper bagi membantu sesiapa sahaja yang tiba-tiba memerlukan bantuan di sepanjang Jalan Raya Timur Barat ketika terserempak dengan mereka.
Berkongsi aktiviti itu kepada Bernama baru-baru ini, Mohd Amir berkata dia sudah terlibat dan berpengalaman dengan kerja menyelamat sejak 10 tahun lepas apabila menjadi sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Bapa kepada empat orang anak itu berkata pada peringkat awal, kerja menyelamat secara sukarela hanya tertumpu kepada penduduk bandar Sungai Petani, namun khidmatnya itu kini ditawarkannya di mana sahaja destinasi ditujunya, terutama di Jalan Raya Timur Barat, setakat yang mampu.
"Apabila ada masa terluang, saya akan memilih memandu bersama anak di Jalan Raya Timur Barat sejak dari akhir 2021 lagi, dan sekiranya terjumpa mana-mana pengguna jalan yang memerlukan bantuan, insya-Allah kami akan bantu.
"Pada masa sama, jalan raya ini juga bagi saya adalah satu bentuk terapi kepada diri saya kerana dapat melihat kehijauan flora yang dapat menenangkan serta berpeluang melihat kehidupan liar seperti gajah di depan mata," katanya.
Mohd Amir yang juga seorang peniaga menjelaskan pada musim cuti seperti sekarang, lebih ramai pengguna menggunakan Jalan Raya Timur Barat sekali gus risiko berlakunya kecemasan amat tinggi kerana permukaan jalan teruk berlubang selain kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan.
"Ada ketika kebetulan rondaan saya di Jalan Raya Timur Barat menemukan empat buah kereta yang tayarnya pancit akibat jalan berlubang, ada juga yang saya bantu potong dan bersihkan kawasan laluan yang pokoknya tumbang menutup laluan," katanya dan menambah usaha itu akan diteruskan selagi dikurniakan kesihatan yang baik.
Sementara itu seorang pengguna tegar Jalan Raya Timur Barat, Ahmad Fauzi Azizan mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya mewujudkan hentian bagi skuad menyelamat di laluan itu supaya tugas bantuan dan menyelamat dapat diberikan lebih pantas sekiranya berlaku kemalangan.
Beliau berkata pihak berkuasa perlu memandang serius cadangan berkenaan kerana laluan itu adalah satu-satunya jalan terdekat menghubung penduduk utara Semenanjung seperti Kedah dan Perlis untuk ke Pantai Timur dan jumlah kenderaan yang menggunakan jalan tersebut bertambah saban tahun.
"Jika berlaku apa-apa di sekitar puncak laluan itu, bantuan terdekat seperti dari Bandar Jeli dan Gerik yang nak sampai agak lambat lebih dari 45 minit malah ia pula bergantung kepada keadaan trafik dan juga cuaca.
Jadi, mewujudkan hentian bagi skuad menyelamat penting, mungkin boleh beroperasi pada waktu-waktu tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
Mohd Amir dan anaknya sudah biasa mengendalikan lebih 20 kerja menyelamat antaranya melibatkan kemalangan, tayar pancit dan pokok tumbang di sepanjang laluan. - Facebook Mohd Amir Faizal
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Luang masa lapang beri bantuan percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat
Dua beranak kendalikan lebih 20 kerja menyelamat antaranya melibatkan kemalangan, tayar pancit dan pokok tumbang di sepanjang laluan.
Tanah runtuh Bukit Permai: Mangsa kedua sedang dikeluarkan
Usaha-usaha menyelamat dua lagi mangsa juga sedang giat dijalankan.
86 mangsa banjir di Perak dipindahkan ke PPS
10 mangsa daripada empat keluarga di Batu Kurau ditempatkan di Dewan Orang Ramai Pantai Besar, Dewan Kampung Sungai Ara dan Sekolah Kebangsaan Pantai Besar Air yang dibuka mulai 10 malam.
Tanah runtuh di Tambun, dua dikhuatiri tertimbus
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.28 pagi.
Tiga beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu
Mangsa dikenali Umar Iskandar Mohd, 21 tahun, Khairil Firdaus, 17 tahun, dan seorang lagi adik mereka Khalif Naim, 16 tahun.
20 maut bas terbabas dalam terowong
Selain masalah brek, sisa buangan dari sebuah lombong dipercayai menyebabkan jalan licin.
Budak teruja mahu boneka idaman terperangkap dalam mesin arked
Dia kemudian bertindak memanjat melalui bukaan kecil di bahagian bawah mesin untuk mendapatkan anak patung yang diinginkannya.